Friday, April 8, 2016

Sayangnya kalau terlepas qiamullail :'(

Semoga kita lebih bersemangat nak Qiamullail lepas ni :') 

" Ya Allah, ampunilah segala dosa kami yang lepas dan rajinkanlah kami untuk terus bersujud dan beribadah kepadaMu..Matikanlah kami dalam keadaan khusnul khotimah..Allahumma Aamiin <3 "


* Sebelum tu, apa tu Qiamullail?

Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.


* Apa hikmah Qiamullail eh?

-Meningkatkan keimanan individu

-Meninggikan darjat di sisi Allah

-Dapat beribadah dengan lebih khusyuk

-Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang

-Melatih diri menjadi insan bertakwa

-Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat

-Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan

-Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah

-Melatih diri mengharap keredhaan Allah

-Memberi ketenangan jiwa (emosi)

-Memberi kesihatan(fizikal)

-Menajamkan akal fikiran

-Meneguhkan kekuatan rohani

-Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya

-Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap)kepada Allah

-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan

-Tenang hati dan fikirannya

-Dimurahkan rezeki

-Dihormati masyarakat

-Dilindungi Allah daripada khianat manusia

-Jika dia pemimpin, dia akan disegani

-Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah


* Bila waktu qiamullail? :)

Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.


”Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”

H.R. Jamaah selain At-Tirmizi



Jom kita sama-sama hayati kisah ni :) 

Moga Allah redha..bismillah ~

"Tolonglah...tolonglah kejut pagi esok...dah lama tak tahajud..."

"Ana puuuun! T-T Selalu terjaga masa dah azan. Sedih.."

 "Cakap tentang bangun qiam ni tiba-tiba teringat Doktor ana pernah sebut dalam kelas.."
فإن نمت على المعصية فتكون أنت ثقيلة على الطاعة،
فإن نمت على الطاعة فتكون أنت خفيفة على الطاعة.
Maksudnya:
"Sekiranya engkau tidur dalam keadaan maksiat maka engkau akan merasa berat untuk berbuat perkara ketaatan, sekiranya engkau tidur dalam keadaan penuh ketaatan maka engkau akan merasa ringan/mudah untuk melaksanakan perkara ketaatan.."
*nangis*
"Bila dah lama tak tahajjud, mudah pula terasa futur"
"Mustahil orang yang menjaga amal fardhu akan futur ukhty.."
"Okey, jom buat checklist amal jama'ie ahli rumah! Mungkin, dengan usaha ni Allah akan campakkan ketenangan dan tetapkan kita pada jalan ketaatan..?"
Senyum.
-----------------------------
Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, "Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka." [Al-Furqan : 64]
Allah s.w.t menyebut para hamba-Nya sebagai orang yang mencintai malam hari dengan melakukan ibadah. Mereka bangun saat orang-orang sedang terlelap tidur, waspada saat orang-orang lengah, sibuk mengadap Rabb mereka, menggantungkan jiwa dan anggota badan mereka kepada-Nya. Saat orang-orang terlena dan merasa mantap dengan kehidupan duniawi, mereka justeru menginginkan 'Arsy ar-Rahman sebab mereka mengetahui bahawa ibadah di kegelapan malam dapat menjauhkan mereka dari sifat riya' dan minta dipuji.
Ibadah di malam hari juga membangkitkan kebahagiaan di hati dan ketenangan bagi jiwa serta penerangan bagi penglihatan mereka. Saat berdiri di hadapan Allah s.w.t dan mengarahkan wajah mereka kepada-Nya, mereka merasakan kelazatan dan kebahagiaan yang tiada tara serta kenikmatan yang tidak terkira. Tiada lagi rasa manis setelah manisnya beribadah kepada Allah s.w.t, bermesra, dan berhubung dengan-Nya.
Melakukan Qiyamullail merupakan sifat asli 'Ibaadurrahman. Allah s.w.t menyebut mereka dengan sifat itu dalam banyak ayat dan menganjurkan para Nabi-Nya untuk melakukan hal itu.
[ Kiriman : Naseeha Sakeena ]

P/s : Copy Paste dari Salam Media :)



2 comments:

  1. BEAUTIFUL ARTICLE DEAR, KEEP ON BLOGGING :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear :) Inshaa Allah <3 May Allah bless us!

      Delete