Friday, April 8, 2016

Macam mana nak tanam rasa taubat? :')


BISMILLAH,




Macam mana nak tanam rasa taubat?


1. Asingkan diri dari semua orang. Pergi masjid sebaik-baiknya.

2. Kenangkan balik semua dosa-dosa yang kau pernah buat. Cuba bayangkan satu per satu sampai rasa jijik, rasa benci.

3. Perkara-perkara haram yang kau pernah buat, akhirnya akan menyesakkan dada kau.

4. Tenung diri sampailah rasa dunia terasa sempit!

5. Waktu tu akan hadir rasa taubat, rasa ingin kembali pada Allah, rasa nak bersama Allah.

6. Istighfar, istighfar dan terus istighfar.


7. Harap sungguh-sungguh kat Allah agar diampunkan segala dosa yang pernah kau buat.



Moga dengan rahmat dan kasih sayang Allah, di ampunkan dosa kita semua :) 

Ingatlah bahawa kita hanya akan masuk syurga dengan rahmat Allah..bukan hanya amalan kita..jadi janganlah sekali-kali kita berasa bangga dan riak serta selesa dengan banyaknya amalan kita..ingat, tanpa rahmat Allah, kita takkan masuk syurga walaupun amalan kita setinggi gunung dan seluas lautan :) 

Tawaduk dan ikhlaskan diri jom! :) 


Semoga segala apa yang kita lakukan sepanjang hidup kita ni, kita niatkan hanya untuk mendapat redha Allah dan bukan untuk mendapatkan pujian daripada manusia :) 




No comments:

Post a Comment