Friday, April 15, 2016

ELAK TIDUR SELEPAS SUBUH :)


Assalamualaikum :)


Bismillahirrahmaanirrahiim...


Waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang diperintahkan untuk dimanfaatkan sebaiknya. Mengisi waktu tersebut adalah satu keutamaan yang besar menurut para ulama berdasarkan hadis-hadis sahih. 

Namun apa yang dilihat, banyak di kalangan kita yang melalaikan waktu yang mulia ini. Ruang dan kesempatan yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata lebih gemar digunakan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).”
(Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

Ibnul Qayyim (ulama hadis dan fiqh) ketika menjelaskan masalah banyak tidur menyatakan bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang waktu. 

Beliau menyatakan antara sebab bahaya tidur pada awal pagi ialah:
- Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.
- Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
- Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
- Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
- Menghambat datangnya rezeki.

Kemudian, beliau menambah, “Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah;
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit solat,
[3] malas-malasan dan
[4] berkhianat.”
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

Selain itu, Ibnu Qayyim juga berkata bahawa:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” 
(Miftah Daris Sa’adah, 2/216). 

Sementara Ibnu Qayyim sendiri apabila selepas Solat Subuh beliau akan duduk ditempatnya dan berzikir sehingga matahari terbit lalu berkata: 

“Inilah pagiku, jika aku tidak duduk maka hilanglah kekuatanku.” 
(Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah 4/401).
**

Rasulullah saw sendiri tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 

"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." 
(Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya)

Sabda Nabi saw juga pernah bersabda:

"Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan."
(Riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath)

Di dalam riwayat lain pula, sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.a. yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari."
(Riwayat al-Baihaqi)

Anas bin Malik dia berkata:Rasulullah saw bersabda: 

"Sesungguhnya keluar pada pagi hari di jalan Allah atau pada siang hari adalah lebih baik dari dunia serta isinya." 
(Riwayat Muslim)

Hazrat Ata bin Abi Rabah rah. berkata, "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan." 
(Hadith rawayat Darimi)

Maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

"Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal."
(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Adapun yang dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam atau belum tidur sepanjang malam dan sebagainya. 




Terima kasih sudi baca :) Moga Allah redha :) 


- Bidadari Syurga Solehah -

No comments:

Post a Comment