Friday, April 15, 2016

KISAH RASULULLAH S.A.W. DAN BUAH LIMAU :')

KISAH RASULULLAH S.A.W. DAN BUAH LIMAU 

Assalamualaikum & Bismillah :)



Suatu hari, Rasulullah S.A.W. didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu, baginda bersama beberapa orang sahabat. 

Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. 

Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihatnya pasti akan terliur. 

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah S.A.W. ulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah S.A.W. akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. 

Rasulullah S.A.W. terus makan dan terus makan. Setiap kali dimasukkan ke dalam mulut dengan senyuman, sehinggalah habis semua buah limau itu. 

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih daripada baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah S.A.W. itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum, baginda menjelaskan, " Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Sekiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan menyengetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya. "

Begitulah akhlak Rasulullah S.A.W. Baginda tidak memperkecilkan pemberian sesiapa pun biarpun hadiah tersebut tidak baik (terlalu masam) dan dari orang bukan Islam. 

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. MENGAPA? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermainkan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda dengan hadiah buah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah S.A.W. 

MARI CINTAI & CONTOHI AKHLAK RASULULLAH S.A.W. :)










Sesungguhnya segala yang baik tu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang daripada saya. 

Mohon maaf salah silap. 

Saya doakan semoga kita semua dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, diberkati & dirahmati Allah selalu. Semoga kita dikumpulkan bersama-sama di syurga Allah dengan rahmat Allah. Marilah kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Tiada manusia yang sempurna. Kita pernah melalui fasa kejahilan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah Maha Penerima Taubat. Marilah kita berubah sedikit demi sedikit dengan istiqamah. 

Sekian. Assalamualaikum :) 

- Bidadari Syurga Solehah -

No comments:

Post a Comment