Saturday, April 16, 2016

😊 KISAH RASULULLAH S.A.W. DAN MALAIKAT PENJAGA GUNUNG 😊

😊 KISAH RASULULLAH S.A.W. DAN MALAIKAT PENJAGA GUNUNG 😊




Assalamualaikum & Bismillah :)


- Disebut dalam Hadis Sahih Bukhari, volume 4, hadis nombor 3231 - 

Bahawa isteri Rasulullah S.A.W. (Aisyah R.A.) bertanya kepada baginda, " Apakah hari dalam hidupmu yang lebih buruk daripada hari Perang Uhud? Yang manakah hari terburuk dalam hidupmu? "

Rasulullah S.A.W. menjawab, " Ya. Itu ialah hari Aqabah di Thaif. "

Dan ketika Rasulullah S.A.W. menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Thaif, mereka mengejek dan tidak mendengar pesanan baginda. Mereka tidak mematuhi Rasulullah S.A.W. dan beberapa riwayat mengatakan, mereka malah membaling / melempar / menindih baginda dengan batu. Itulah hari terburuk dalam hidup Rasulullah SAW.

Lalu ketika Rasulullah S.A.W. terbaring dengan wajahnya menghadap matahari, tiba-tiba baginda melihat segumpal awan meneduhi kepalanya (segumpal awan kelabu).

Dan ketika baginda mendongak, baginda melihat Malaikat Jibril A.S. 

Lalu Jibril A.S. berkata, 
" Allah telah menyaksikan apa yang mereka telah lakukan kepadamu dan bagaimana perlakuan mereka terhadapmu. Jadi Allah telah mengutuskan malaikat penjaga gunung untuk membantumu. "

Kemudian Jibril A.S. memanggil malaikat penjaga gunung. Ketika malaikat penjaga gunung datang, dia berkata kepada Rasulullah S.A.W. , " Tuhanmu telah mengutuskanku dan kami telah mendengar dan menyaksikan apa yang dilakukan orang-orang kepadamu. Perintahkanlah apa yang harus ku lakukan! Apapun katamu, akan ku lakukan! Apakah kau ingin aku mengangkat kedua gunung Kota Makkah? Atau mahukah kau jika aku menghimpitkan dua gunung Makkah sehingga orang-orang itu akan hancur kerana terhimpit dengan kedua-dua gunung itu? "

Rasulullah S.A.W. menjawab, " Tidak. Aku lebih menginginkan jika Allah S.W.T. menjadikan keturunan orang-orang ini & generasi mereka berikutnya menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya. "

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Bayangkanlah Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa inilah hari paling buruk dalam hidupnya. Bayangkan jika ini hari terburuk dalam hidupmu dan ada seseorang yang ingin menolongmu, dan berkata " Aku akan hancurkan mereka. " 

Tapi Rasulullah S.A.W berkata, " Jangan hancurkan mereka, tapi aku inginkan agar Allah menjadikan keturunan mereka, generasi mereka, anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah dan tak mempersekutukan Allah. 

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸








Ada satu lagi kisah Rasulullah S.A.W. yang kita boleh contohi :)


Disebut dalam Hadis Sahih Bukhari Volume 8, hadis nombor 6397, 

Bahawa salah seorang sahabat menghampiri Rasulullah S.A.W dan berkata, " Penduduk Daus tidak setuju dengan ajaran Islam dan mereka menolak ajaran Islam. Kenapa kau tidak mengutuk / menyumpah penduduk Daus ini? " 

Dan sahabat itu mengira bahawa sekarang Rasulullah S.A.W. akan mengutuk penduduk Daus.

Tapi Rasulullah S.A.W. berdoa, " Ya Allah, berilah hidayah kepada penduduk Daus sehingga mereka dekat dengan kami. Berilah hidayah, berilah petunjuk kepada mereka. " 

Rasulullah S.A.W. tidak mengutuk / menyumpah mereka. Malah tidak berburuk sangka terhadap mereka.






Terima kasih sudi baca :) :) :) 

No comments:

Post a Comment