Sunday, October 2, 2016

Erti Hidup Pada Memberi :)

Erti Hidup Pada Memberi 
[ Erti Hidup Pada Memberi ]
“ Makna hidup bukan dicapai dengan mengambil, melainkan dengan rela memberi. “
Sesungguhnya,

๐ŸŒน SEBAIK-BAIK MANUSIA ialah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.
Apa yang dimaksudkan dengan bermanfaat bagi manusia?
๐ŸŒธ Iaitu orang yang membantu orang lain yang memerlukan sama ada dengan memberi sedekah, menyumbang tenaga menolong meringankan beban orang lain dan sebagainya tanpa mengharap balasan.

๐ŸŒธ Iaitu anak yang taat perintah ibu bapa & membalas jasa ibu bapa dengan menabur bakti kepada mereka tanpa mengeluh demi mengharapkan keredhaan Allah.

๐ŸŒธ Iaitu isteri yang taat & setia serta menjaga aib suaminya dan menyenangkan hati suaminya dengan akhlak-akhlak baik.

๐ŸŒธ Iaitu suami yang menyayangi & menyantuni isterinya dengan sebaik-baik akhlak (sifat-sifat mahmudah) serta mencontohi akhlak2 Rasulullah S.A.W. sebagai ketua keluarga yang baik.

๐ŸŒธ Iaitu ibu bapa yang benar-benar menjaga amanah Allah (anak2) dengan memberi sebaik-baik didikan dan menjadi sebaik-baik contoh kepada anak-anak.

๐ŸŒธ Iaitu sahabat yang sentiasa menyokong sahabatnya dalam hal-hal kebaikan, saling menasihati ke arah keredhaan Allah, memaafkan & menerima kekurangan-kekurangan sahabatnya.

๐ŸŒน SEBAIK-BAIK MANUSIA juga ialah menjadi hamba yang memberikan sepenuh hatinya kepada Allah & meletakkan fokus hidupnya semata-mata hanya kerana Allah.
๐ŸŒธ Iaitu orang yang sanggup kehilangan dunia kerana Allah, bukan kehilangan Allah kerana dunia. Sanggup berkorban masa senang, tenaga, harta & sebagainya kerana Allah.

๐ŸŒธ Iaitu orang yang memberikan sepenuh tumpuan, meninggalkan perkara-perkara dunia sementara semasa solat (khusyuk dalam solat).

๐ŸŒธ Iaitu orang yang sabar, syukur & redha dengan segala ujian & nikmat yang Allah berikan kepadanya.

 Sesungguhnya kehidupan dunia adalah tentang apa yang kita beri, bukan apa yang kita dapat.
Sudahkah kita benar-benar beri yang terbaik dalam hidup kita?
Jika belum, ayuh! Lajukan langkah menuju keredhaan Allah dengan cuba untuk berikan yang terbaik dalam hidup kita.
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Sama – sama kita muhasabah diri :)


No comments:

Post a Comment