Monday, August 22, 2016

[ DI SEBALIK CIPTAAN TUHAN ]


Anda. Ya, anda!

Dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik dari matahari dan bulan purnama. 
Dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi dengan sikap tawadhu’ anda.
Dan dengan cinta anda, anda lebih indah dari pelangi dan bersinar dari sinar permata.


Oleh itu, peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan.

Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak. Tetapi dengan melakukan solat-solat sunat, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud yang panjang dan malu kepada Allah ketika terdorong melakukan dosa kerana bisikan syaitan dan hawa nafsu sendiri.

Jadikanlah taqwa itu seperti pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik atau lelaki yang terkacak di dunia walaupun pakaian anda bertampal atau sebagainya.
Jadikanlah rasa malu sebagai baju anda, nescaya andalah wanita paling cantik atau lelaki paling kacak walaupun anda tak berkasut atau serba kekurangan. Hindarilah memakai pakaian orang-orang fasik atau kafir yang suka memperlihatkan aurat mereka, memperlihatkan daya tarikannya untuk memikat lawan jantina dan sebagainya. Dan sesungguhnya di sebalik nikmat, ujian atau ciptaan Allah itu akan dipersoalkan kembali oleh Allah,

Allah berfirman,
“ Kemudian, kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang setiap kenikmatan (yang dikecapi di dunia) “
(At-Takathur : 8)



Boleh like page Salam Media di facebook untuk tahu lebih banyak ilmu agama yang inshaa Allah sangat bermanfaat bagi kita semua :)

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan masukkan kita ke dalam syurga Allah dengan rahmatNya. Allahumma aamin <3

Jazakumullahu kheir sudi baca :)

No comments:

Post a Comment